2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,16 Jun- Bersempena sambutan Hari Bapa,Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari yang cukup istimewa hari ini bersama dengan anakanda baginda,Tunku Temenggong Johor,Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor,Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Bah sayang anak-anak Bah. Terima kasih anak-anak Bah semua di atas ucapan dan kiriman bunga sempena Hari Bapa," titah baginda.
Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan,jasa dan pengorbanan seorang bapa yang menjadi pelindung keluarga.