Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Pasaran getah terus ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah

2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,10 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur sekali lagi ditutup pada paras tertingginya bagi tahun ini mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar AS,kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah serantau mencatatkan dagangan kecil hari ini berikutan ketiadaan pembeli China.

“Bagaimanapun,peningkatan selanjutnya dihadkan oleh prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan akan kemungkinan kenaikan semula kadar faedah di Amerika Syarikat yang didorong oleh data ekonomi kukuh,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik setengah sen kepada 858 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat satu sen kepada 799 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang,harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 859.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal pada 800 sen sekilogram. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap