Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Aliran masuk bersih pelabur asing sebanyak RM535 juta minggu lepas

2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,10 Jun- Pelabur asing terus menunjukkan minat terhadap ekuiti Malaysia minggu lepas,dengan mencatatkan aliran masuk bersih berjumlah RM535 juta.

Menurut MIDF Research,pelabur asing membuat belian bersih tertinggi sebanyak RM253.7 juta pada Selasa,dalam minggu dagangan singkat.

Berdasarkan laporan aliran dana mingguan terkininya,sektor utama merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah utiliti,pengangkutan dan logistik serta teknologi.

Manakala sektor yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi adalah perladangan,telekomunikasi dan media dan tenaga.

Sementara itu,institusi tempatan kembali membuat jualan bersih berjumlah RM293.5 juta.

Peruncit tempatan,turut kembali melakukan jualan bersih,dengan nilai ekuiti RM242.5 juta.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap